Monday 18 July 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA SK SRI GAYA 2016





Majlis sambutan telah dilangsungkan pada Jumaat 15 Julai 2016. Majlis telah dirasmikan oleh wakil PIBG En. Zaki Harry Susanto. Majlis telah berlangsung dengan sangat meriah beserta pakaian raya yang berwarna-warni dan jaudah yang membuka selera. Program yang dijalankan bertujuan untuk mengeratkan lagi ukuhwah dan hubungan silaturahim antara warga SK Sri Gaya.

MAJLIS PENUTUPAN BULAN DAKWAH

Majlis telah dilangsungkan pada 1 Julai 2016 di Dewan Terbuka SK Sri Gaya. Program Bulan Dakwah telah berlangsung selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan. Pelbagai pengisian telah di jalankan bagi mengimarahkan sambutan bulan Ramadhan.


 Barisan pentadbir dan wakil PIBG
 
 Bacaan doa disempurnakan oleh Ust Mohd Faizul PK Hem SKSG
 Perasmian majlis penutup oleh wakil PIBG En. Mohd Sofian
 
 Atnara peserta Khatam Al-Quraan yang di anugerahkan sijil 

Penyampaian sumbangan dan zakat kepada kelaurga murid SKSG

Sunday 15 May 2016

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Pada 13 Mei 2016, majlis sambutan Israk Mikraj telah diadakan di Dewan Terbuka SKSG yang dirasmikan oleh guru besar Tn. Hj Abdul Gahni bin Hj. Mohd Kasim. Majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ust. Muhammad Fadhli bin Ahmat merangkap Ketua Cawangan Agama, Bahagian Agama Dan Kaunseling, Ibu Pejabat Polis Kontigen Sabah. Majlis dimeriahkan lagi dengan nyayian nasyid dari kumpulan yang didatagkan khas dari UMS serta kumpulan nasyid SKSG.













Thursday 12 May 2016

PRA SAMBUTAN HARI GURU SKSG 2016

Sempena sambutan hari guru tahun 2016 Kelab Guru Dan Staf SKSG telah mengatur beberapa acara bagi sambutan antaranya mengadakan perlawan bowling di Cetrer Point Kota Kinabalu pada 11 Mei 2016 manakala perlawanan footsal dan bola jaring pada 12 Mei 2016 di BSA. Majlis diteruskan lagi dengan solat hajat,tahlil, bacaan yasin dan doa selamat pada sebelah malam di Masjid Bandara Kota Kinabalu. Tujuan acara ini diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan warga SKSG dan juga mendapat kerahmatan dunia dan akhirat...amiinn

peserta acara bowling SKSG 2016


bergambar dgn jurulatih yang didatangkan khas dari INTAN sabah..

balingan dan jelingan bujang..

walau penat senyuman tetap bertenaga..

bersedia untuk di import oleh mana-mana pasukan 

bersedia untuk berentap..mau lawan ka?
selfie vs welfie

Nantikan album terbaru nasyid kontemporari yg bakal 
dilancarkan nanti..otai masih berbisa

Thursday 5 May 2016

SUKAN TAHUNAN KALI KE-14

Acara sukan tahunan SKSG tahun 2016 telah dengan jayanya dilaksanakan di Stadium Sukan Likas pada 5 Mei 2016. Acara dimulai dengan perbrisan lintas hormat daripada setiap kontijen rumah sukan iaitu Laksmana, Bendahara, dan Temenggung.  Antara acara yang di pertandingkan ialah acara 80m lari berpagar, 200m, 100m,  4x200m dan 4x100m. 












Saturday 30 April 2016

SAMBUTAN HARI KELUARGA SK SRI GAYA TAHUN 2016

Sambutan hari keluarga guru dan staf SK Sri Gaya telah diadakan di Pantai Teluk Likas 2 pada 30 April 2016. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan sangat meriah daripada semua guru dan staf. Sekalung tahniah buat semua warga SK Sri Gaya.